Sewaktu berkesempatan menonton sebuah cerita yang berbentuk animasi berkisar tentang kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 'THE LAST PROPHET', hati terpaut untuk mendalami dan menghayati perjalanan kisah hidup baginda S.A.W. menerusi jalinan cerita di dalam filem ini.
Terimbau kembali kenangan semasa menuntut di sekolah dahulu yusahaang mana begitu sukar sekali hendak menghafal dan menyebut fakta-fakta sejarah yang banyak menggunakan simbol tarikh dan pelbagai lagi. Jenuh pula hendak mengingat dan memahami satu persatu sirah junjungan ini memandangkan pada waktu itu, diri ini masih lagi kerdil dalam mengenali dunia Islam dan erti dakwah itu sendiri.
Berkat panduan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu, Alhamdulillah segala halangan dalam jihad menuntut ilmu dapat diatasi. Itu untuk mereka yang mahu berusaha dan punya waja diri yang kuat untuk berjihad, bagaimana pula bagi yang kurang upaya dan lemah semangatnya? Pasti kecundang di pertengahan jalan sedang dakwah yang disampaikan tidak dapat disebarkan. Hati-hati kecil inilah yang perlu dilentur dan dibentuk semangat jati dirinya agar kelak ketika sudah menjadi dewasa, tak kan goyah menerima cercahan
No comments:
Post a Comment